Kenali warna tudung ikut warna kulit anda

Semua wanita mahu tampil cantik dan bergaya terutamanya bagi mereka yang bertudung. Warna tudung memainkan peranan penting khususnya ketika pergi ke majlis kenduri. Pemilihan warna tudung yang salah akan membuatkan wajah anda tampak pucat dan tidak menyerlah. Jadi adakah anda rasa anda telah mengenakan warna tudung yang sesuai? Mari kita KENALI WARNA TUDUNG MENGIKUT WARNA KULIT ANDA!

Kulit Putih Cerah dan Kuning Langsat. Amatlah beruntung bagi mereka yang mempunyai warna kulit cerah. Banyak warna yang boleh diserasikan bagi mereka yang mempunya warna kulit seperti ini. Mereka boleh memilih tudung yang berwarna kontra contohnya ungu, merah, biru laut dan hitam. Warna seperti ini akan menstabil blok warna pada muka lantas menyerlahkan lagi wajah si pemakai. Tetapi haruslah diingat warna pastel atau neutral tidak digalakkan. Hal ini kerana warna sebegini akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat dan tenggelam.

Kulit Sawo Matang dan Coklat. Ini adalah warna kebanyakan wanita Malaysia – sawo matang. Warna tidak terlampu gelap tidak terlampu cerah ini boleh lah dipadankan dengan tudung berwarna pastel seperti kuning beige, baby blue, salmon atau ungu. Warna pastel pastinya dapat menyerlahkan lagi keindahan wajah anda. Tetapi harus diingat anda haruslah menghindari tudung yang berwarna gelap seperti merah darah, hijau tua dan coklat gelap. Warna sebegini ditakuti menggelapkan wajah anda lantas mengurangkan keyakinan anda apabila berada di luar berhadapan dengan orang ramai.

Kulit Gelap dan Hitam Manis. Ini adalah warna kulit yang kebanyakannya dilihat pada kaum India atau mamak. Tetapi usahlah anda khuatir memiliki warna kulit sebegini. Ikuti sahaja warna tudung yang sesuai untuk warna kulit anda. Saya cadangkan bagi mereka yang mempunyai warna kulit yang gelap gunakan tudung berwarna kontra seperti merah hati atau hijau serindit. Warna cerah sebegini akan menaikkan seri wajah anda supaya tampak lebih bergaya. Namun demikian pemilik warna kulit gelap ini perlu berhati-hati dalam memilih warna tudung untuk mengelakkan wajah anda dari menjadi samar dan kurang menyerlah. Saya sarankan supaya anda menjauhkan diri dari tudung berwarna gelap.

Sebagai penutup ingin saya ingatkan sentiasalah bersyukur walau apa jua warna kulit yang anda miliki. Setiap warna mempunyai keindahan tersendiri. Anda hanya perlu mencari keistimewaan warna kulit dan padankan dengan pakaian anda supaya penampilan anda tampak lebih anggun dan berseri. Warna kulit bukan penentu tahap kesihatan seseorang. Janganlah kita obses menjadi putih sehingga membahayakan kesihatan dengan pengambilan ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor. Percayalah kecantikan luar hanya sementara, kecantikan dalaman itu adalah selamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *