PRIVACY POLICY

Privacy Policy

Tudungtoday.com percaya PERLINDUNGAN PRIVASI adalah amat penting didalam sebuah perniagaan terutamanya yang melibatkan platform ONLINE. Kami juga pelanggan seperti anda juga-kami amat menghargai dan menghormati kepentingan privasi internet dan perlindungan data peribadi.

Untuk makluman kami tidak menyimpan butir peribadi pelanggan melainkan pelanggan setia yang melanggan promosi dan newsletter kami setiap bulan. Kami juga tidak menyimpan maklumat perbankan pelanggan dan tidak mempunyai akses sama sekali ke atas maklumat tersebut.

Anda diminta untuk berikan maklumat peribadi ketika proses pembelian sepeti nama, alamat dan nombor telefon. Kami TIDAK akan mendedahkan maklumat anda ke mana-mana pihak ketiga selain yang berkaitan dengan pihak penghantaran yang dibeli melalui website atau agen.

Pelanggan boleh melawat website kami secara rahsia.

 

Pengumpulan dan Kegunaan Maklumat Peribadi

Apabila anda membeli melalui website atau agen, kami akan menggunakan maklumat peribadi anda seperti email, nombor telefon dengan tujuan promosi atau pelancaran produk. Jika anda TIDAK ingin melanggan newsletter anda boleh NYAHLANGGAN. Kami hanya menggunakan maklumat peribadi anda (seperti nama, alamat rumah)kepada third party-courier untuk tujuan penghantaran produk dan tidak lebih dari itu.

Maklumat peribadi mungkin akan digunakan pihak tudung today bagi tujuan :

  1. Kemaskini penghantaran produk dan khidmat pelanggan
  2. Untuk beritahu butiran produk
  3. Untuk meningkatkan mutu kelancaran anda ketika melayari website tudungtoday.com
  4. Pengumpulan data bagi tujuan kajian pemasaran, strategi pemasaran serta kiraan bagi mengurangkan risiko pengurusan.

 

Perubahan PRIVACY POLICY

Tudung Today berhak untuk mengubah sebarang kandungan polisi yang terdapat di dalam website tanpa sebarang notis kepada melainkan perubahan berskala major.

 

Hubungi Kami

Kami sentiasa berterima kasih kepada anda kerana sentiasa menjadikan Tudung Today sebagai laman utama untuk membeli tudung. Segala sokongan yang anda berikan secara langsung atau tidak langsung amat kami hargai sangat-sangat. Kami berharap agar anda dapat kongsikan kegembiraan memiliki produk Tudung Today kepada semua kenalan anda. Kami akan sentiasa terus mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi dan memuaskan kepada para pelanggan kami. Jika terdapat sebarang masalah atau cadangan bagi penambahbaikan dari segi promosi atau urusan jual beli, sudilah hubungi mana-mana staff kami atau email ke tolong@tudungtoday.com . Kami amat berbesar hati untuk menerima segala respon dari anda.