F.A.Q

Waktu Operasi :

  1. Kedai Fizikal :

Tiada lagi buat masa ini.

  1. Kedai Online :

Kedai online kami dibuka 24/7. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mengalami masalah boleh hubungi :

Talian atau whatsapp: +6018 762 0197

Email : tolong@tudungtoday.com

ISNIN – SABTU : 9am-9pm

Hari Minggu dan Cuti Umum : DITUTUP

 

Pesanan & Pembelian :

  1. Bagaimana untuk membuat pesanan

 

Boleh membuat pesanan melalui website rasmi tudungtoday.com atau membeli terus dari rakan niaga kami di seluruh Malaysia

 

  1. Saya tak boleh buat pembelian melalui website. Tolong !

Kemungkinan enjin pencarian anda (seperti Google Chrome, Mozilla Firefox) telah nyahaktif cookies.

Cookies – suatu file dalam computer yang berfungsi untuk merekod segala aktiviti anda ketika online. File ini bertujuan untuk menyimpan ingatan tentang apa yang ada layari. Maka anda harus mengaktifkan supaya website yang anda layari lebih lancar.

 

  1. Saya perlukan bantuan untuk pesanan saya.

Jangan risau khidmat pelanggan kami sentiasa ada 24/7 untuk menolong anda. Hubungi : +6018 762 0197 untuk sebarang pertanyaan. Terbuka pada hari Isnin-Sabtu (10am-10pm)

 

  1. Cara pembayaran yang disediakan :

Pembayaran boleh dilakukan seperti di bawah

Melalui website – Boleh membeli melalui system pembayaran yang disediakan

Melalui agen dropship – Bank transfer terus ke akaun agen dropship kami.

 

  1. Boleh saya batalkan pesanan? Bagaimana?

Boleh bersyarat. Pembatalan boleh dilakukan sebelum proses penghantaran dilakukan. Jika proses penghantaran telah berlaku, kami perlukan anda untuk menghantarnya kembali kepada pada kami. Sila rujuk Return Policy untuk lebih lanjut.

  1. Boleh saya tukar pesanan selepas bayaran dibuat.

Boleh bersyarat. Tukar pesanan sebelum proses penghantaran. Sila hubungi khidmat pelanggan kami dalam masa 3jam setelah membuat pembayaran.

 

  1. Saya terima pesanan yang salah. Apa yang harus saya lakukan ?

 

Alamak ! Kami minta maaf sangat-sangat. Boleh email kami tolong@tudungtoday.com atau hubungi khidmat pelanggan untuk kami bantu.

 

  1. Adakah anda sentiasa restok barang ? Bagaimana nak tahu ?

Bergantung pada keperluan. Kebiasaannya kami tidak akan restok warna yang sudah habis melainkan mempunyai permintaan yang luarbiasa !.

 

Penghantaran dan Upah Pengeposan :

 

  1. Kemana anda hantar ?

Kami hantar ke seluruh Malaysia. Kami tawarkan juga penghantaran ke negeri jiran-Indonesia, Brunei dan Singapura. Kami menggunakan POSLAJU untuk penghantaran alamat dosmetik dan TNT untuk alamat penghantaran antarabangsa.

  1. Berapa kos penghantaran ?

Untuk alamat sekitar Malaysia kos penghantaran adalah RM8 untuk Semenanjung dan RM11 untuk Sabah dan Sarawak. Bagi penghantaran alamat antarabangsa boleh berhubung dengan khidmat pelanggan kami untuk kiraan kos.

  1. Berapa lama tempoh penghantaran ?

Bagi semenanjung Malaysia tempoh penghantaran adalah sekitar 2-3 hari waktu bekerja. Manakala 4-5 hari bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak.

Penghantaran antarabangsa  kebiasaannya mengambil masa 1 hingga 2 minggu.

  1. Bagaimana untuk menjejaki pesanan saya ?

Anda boleh melihat pesanan anda melalui Pos Laju Tracking System : https://www.poslaju.com.my/track-trace-v2/ menggunakan tracking ID yang diberi melalui emel dan whatsapp. Untuk pesanan antarabangsa kami akan berikan tracking ID beserta link untuk menjejaki pesanan anda.

  1. Saya terima barang yang rosak/salah.

Oh tidak ! Kami betul-betul minta maaf. Sudi kiranya anda email gambar bahagian yang rosak beserta Order ID kepada kami tolong@tudungtoday.com untuk kami periksa dan melakukan tindakan susulan.

  1. Ada barang yang tiada dalam pesanan yang saya terima.

Hubungi khidmat pelanggan kami.

  1. Boleh COD (CASH-ON-DELIVERY) di mana-mana?

COD hanya akan berlaku sekitar pekan Tasik Puteri sahaja. Luar dari kawasan akan dikenakan caj bergantung pada jarak kilometre.

  1. Boleh saya tempah khas ?

Maaf tidak boleh. Anda hanya boleh membuat pesanan mengikut apa yang sedia ada dalam katalog sahaja.

 

Lain-Lain

 

  • Gift Voucher

 

Voucher hanya boleh ditunaikan melalui pembelian sahaja. Voucher hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk satu pelanggan sahaja-sahlaku hingga 1 bulan bermula tarikh kad itu dikeluarkan.

 

  1. Loyalty Card

 

Belum ada lagi buat masa ini.