Tentang Kami

Tudung Today® adalah satu jenama baru dalam industri fesyen. Walaupun masih baru tapi kami yakin kami mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan jenama-jenama besar yang lain. Berikan peluang pada kami untuk membuktikan dalam jangka masa 3 tahun akan datang. Nampak

Fokus utama penubuhan Tudung Today® adalah bertujuan untuk mengajak wanita di luar sana supaya berhijrah ke arah lebih baik dan menutup aurat dengan sempurna bertepatan dengan motto kami – Make Hijrah Today.

Tudung Today dot com

Mengapa nama Tudung Today®?

Tudung Today dalam Bahasa Malaysia bermaksud Tudung Hari Ini. Ini bermakna fesyen yang kami sediakan adalah hari ini bukan semalam. Kami mengikuti trend terkini yang up-to-date.

Make Hijrah Today sebagai motto kami ingin mengajak semua wanita untuk berubah ke arah  lebih baik. Yang dulu belum berhijab boleh lah berhijab sekarang. Yang dulu tak menutup aurat dengan sempurna boleh belajar perlahan-lahan untuk menutup aurat dengan lebih sempurna. Semoga istiqamah kita akan diterima Allah S.W.T.

Bila Tudung Today® ditubuhkan?

Masih. Masih baru lagi. Bulan APRIL 2018. Masih segar di ingatan ianya berlaku dengan begitu pantas 2 bulan sebelum Hari Raya Aidilfitri. Dengan bergerak sendiri sambil dibantu Awana Creative serta seorang staf jualan part-time, tidak terjangka Tudung Today® berjaya mencatatkan jualan yang agak memberangsangkan tidak sampai sebulan. Pengasas Tudung Today®, Puan Siti Fathimah sendiri tidak menyangka beliau berjaya menapak dalam bidang yang baru diceburi-fesyen. Perniagaan tudung adalah suatu bidang perniagaan yang tidak pernah terlintas langsung dalam fikiran sejak beliau mula berniaga pada 2014.

Apakah produk Tudung Today® ?

Setakat ini kami hanya mempunyai 2 produk sahaja. Untuk pasaran Hari Raya Aidilfitri yang lepas kami mengeluarkan produk Bunga Lace (Tudung Lace). Bagi koleksi terbaru kami mengeluarkan NAQEEBAH tudung sarung labuh yang mensasarkan pasaran untuk Hari Raya Aidiladha.

Dimana premis menjual Tudung Today®

Oleh kerana masih baru bermula kami tiada premis rasmi lagi. Buat sementara waktu pelanggan boleh datang ke booth kami di Giant Shah Alam Seksyen 13 untuk melihat sendiri pelbagai lagi koleksi kami yang lain. Keutamaan kami adalah menembusi pasaran ONLINE berbanding OFFLINE.

Instagram Tudung Today®