Wajah bulat dan berisi? Ikuti 3 tips dan beri keyakinan melalui wajah anda!

Setiap dari kita dilahirkan dengan bentuk muka yang berbeza – bulat, petak, tirus dan lonjong. Mereka yang bermuka bulat dan berisi paling susah untuk menyesuaikan tudung pilihan mereka. Jangan risau, di bawah saya senaraikan 3 TIPS PEMAKAIAN TUDUNG UNTUK WAJAH BULAT DAN BERISI.

Pemilihan anak tudung yang sesuai.

Sebelum tudung dipakai pasti ada anak tudung betul? Maka saya sarankan untuk anda memilih anak tudung yang sesuai. Pilih saiz anak tudung yang muat-muat. Maksud saya “muat-muat” di sini adalah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Anak tudung yang terlalu ketat akan menolak bahagian pipi anda ke luar dan lebih menampakkan isi wajah bulat anda. Sebagai contoh gunakan anak tudung jenis panjang ke bawah dan ada sedikit awning ke depan supaya muka anda tidak terlampu menonjol keluar.

Pilih jenis kain dan rekaan tudung yang tepat.

Kebanyakan fesyen tudung sekarang amat berbeza berbanding dahulu. Kebanyakan pereka tudung sekarang mengeluarkan rekaan tudung mengikut permintaan pelanggan. Untuk menyembunyikan wajah berisi gayakan tudung anda hingga menutupi separuh dari bahagian pipi. Hal ini kerana pipi adalah suatu kawasan muka yang menentukan seseorang itu berwajah berisi atau biasa. Jika anda penggemar shawl pastikan shawl di bahagian dahi tidak melekat. Tarik bahagian puncak tudung ke hadapan sedikit untuk mengurangkan keluasan dahi dan membuat bentuk wajah anda nampak lebih tirus.

Jauhkan gaya tudung berlapis.

Trend tudung berlapis asalnya dari negara jiran kita Indonesia dan ramai penggemar fesyen Malaysia mula meniru sedikit-demi sedikit. Maka adakah wajah bulat dan berisi sesuai untuk mengenakan gaya tudung berlapis ? Jawapannya Tidak ! Jangan mudah terikut. Gaya tudung berlapis hanya sesuai dipraktikkan untuk mereka yang berwajah kecil dan tirus sahaja. Gayakan tudung anda dengan gaya yang biasa anda selesa. Elakkan efek kilat dari kain tudung jenis satin. Pilihlah tudung dari warna polos gelap dan tidak terlalu menyerlah. Ini kerana warna tudung yang terang akan memperlihatkan wajah anda yang tampak berisi.

Kesimpulannya bergayalah dengan penuh keyakinan. Setiap yang dicipta itu pasti ada keindahannya tersendiri. Jangan risau dan jangan takut, sayangi diri anda. Semoga 3 TIPS PEMAKAIAN TUDUNG UNTUK WAJAH BULAT DAN BERISI ini dapat membantu ramai lagi wanita di luar sana agar tampil lebih hebat dan ceria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *